Pokok kari juga
dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai
karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia
dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit,
walaupun tidak ada hubungan dengan pokok neem. Pokok kari tidak ada hubungan
dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) yaitu daun yang
beraromatik dari Mediterania.
Bunga Pokok Daun Kari
Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma
yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika
muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan,
tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang
ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...
Pokok kari berkembang biak melalui biji benih, keratan
batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah
karena daunnya ia juga ditanam sebagai tanaman hias.
Hasil penelitian menunjukkan di dalam daun kari terkandung:
* 66.3% pelembab
* 6.1% protein
*1.0% lemak
*16.0% karbohidrat
*6.4% fiber
Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti
kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi
volatile oil dan sejenis glukosid yang disebut koenigiin.
Daun kari mempunyai khasiat herbal yang tinggi dan sangat
banyak digunakan dalam pengobatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai
sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi,
Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga
dikatakan baik untuk merawat rambut yang panjang dan sehat. Selain dari itu
daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari
digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda biasa dijadikan lalapan.
Khasiat Daun Kari meredakan mencret dan ambeien
Daun kari dapat tonik
herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi
masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah
untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga
dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.
Khasiat Daun Kari Atasi masalah loya dan pening.
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis
digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan
lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari
dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi
masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening
lalat bagi wanita mengandung.
Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan
untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3
bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan
kegemukan.
Khasiat Daun Kari dalam pengobatan
Dari segi manfaat dan khasiat daun kari sangat penting dalam
mengatasi masalah-masalah haid dan gonorhea, menghilangkan rasa pegal dan
pusing bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit mencret dan penyakit
berak berdarah. Selain itu manfaat dan khasiat daun kari juga baik untuk
melancarkan peredaran darah.
Belum ada tanggapan untuk "AYAM KARI SEDAP"
Post a Comment